Powered By Blogger

Thursday, December 4, 2014

wedding day !!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat petang ..

ok guys.. now, aku nak throwback wedding day my cousin Muhammad Izzat Akhbar dan pasangannya. Berlangsung selama tiga hari. 

First day , hari nikah. Dia baca doa sambil nangis. Sebak semua orang.





Tangisan seorang ibu , 
 


Second day, sebelah perempuan at Puncak Alam.











Last day, sebelah lelaki. Our place, Dewan Dahlia seksyen 24, Shah Alam




orang-orang kuat ..

 







pengantin kecil..
 



Keluarga Besar
 

selfie bersama pengantin perempuan . sporting !!

sekian,

harap ada post lain nanti..

Saturday, November 8, 2014

17 days left

assalamualaikum, good evening , sleep well.. 

Hanya tinggal 17 hari je tinggal untuk menjadi pelajar sekolah . lepas ni duduk rumah , memasak, mengemas, tolong mak ayah, tolong pelajaran adik-adik. tak sabar nak buat semua benda tu. 
kenapa agak nya tiba-tiba je aku nak update ni? dah lah still in SPM mode. Ini disebabkan kawan aku pun tengah update about her plans after SPM. First and foremost, aku akan ambil lesen dulu. 

Habis spm 25/11, tapi dapat balik 26/11, time balik tu pula result UPSR keluar, my SISTER will get her result. I hope she will get a better result than me . I want her get into the sbp. 
wish you luck bae !


alright, we continue. 
next week is HISTORY !!
 
FOR two weeks onward are 
elektif !!
kimia, biologi, fizik and add math..
semua tough subjek. hope i will answers all with easy and to all my friends too.

ALACRIS WE CAN GET THAT 9A+
POSSIBILITES ARE INFINITE FOR US
1.33 INSHA ALLAH WE CAN GET IT 
WHEN WE STRIVE TO GET IT..
JUST 17 DAYS LEFT FOR US
TO BACK HOME AND TO SETTLE ALL OF THIS BURDEN.

" sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri "
surah ar-ra'd ayat 11

Friday, July 11, 2014

BULAN RAMADAN PENUH DENGAN DUGAAN

Salam Ramadan semua, 
kita bertemu lagi pada ramadan yang ke 13,
alhamdulillah kita sudah masuk ke fasa yang ke-2 bulan ramadan,
fasa kemaafan daripada allah ,allah membuka semua pintu syurga untuk hambaNya,

dugaan ? 
mmg bnyak yang allah dah turunkan kepadaku,
dugaan kawan , perasaan , belajar , dan bnyak lagi, 
lepas raya (4.8.2014) trial sbp dah bermula. Besar dugaan allah kerana aku hanya tinggal 22 hari lagi sahaja lagi untuk trial. Tapi walau macam mana pun aku kena juga berusaha untuk beri yang terbaik. Ibu bapa ku sering menanti keputusan yang terbaik daripadaku. Penantian mereka dan aku untuk mendapat 9A spm mmg sungguh mencabar. Aku yakin aku pasti boleh mendapatnya, tetapi apabila melihat pada usaha dan keputusan mid year aku. Perkara itu telah membuatkan aku takut untuk meyakinkan diri ini. Boleh kah aku melakukannya? pasti boleh ! itu lah kata-kata yang sering aku tanamkan dalam hati ini. Senyuman kegembiraan daripada muka kedua orang tuaku aku ingin lihat lagi. Ucapan TERIMA KASIH ALONG . Ingin aku dengar lagi dari mulut ayahku. Impian ayahku sungguh tinggi sekali. Ayahku membeli kamera nikon D5100 , semata untuk mengambil gambarku 9A SPM nanti. Aku tak sanggup untuk mengecewakan mereka. Aku pasti akan gembirakan mereka dan beri apa yang mereka mahu. 

wallahualam,
insyaallah :)


JANTUNG HATIKU 



Wednesday, June 11, 2014

MALAM NISFU SYA'BAN ATAU PIALA FIFA 2014 ?

Assalamualaikum, salam pertemuaan semua, 

tahun 2014 ni , malam nisfu sya'ban jatuh pada hari jumaat 13 Jun , 
piala FIFA juga jatuh pada hari yang sama.. 

perkara ini membuatkan hati saya takut dan resah.. saya bukan hipokrit tetapi ini kenyataan. kita mungkin lupa kelebihan malam nisfu sya'ban ini. izinkan saya huraikan serba sedikit tentang kelebihan malam ini:

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam

sumber: akuislam.com

Kita dapat lihat banyak kelebihan yang ALLAH dah sediakan untuk kita. Tetapi kita yang sering sombong dan tolol untuk mengejar kelebihan itu. Piala FIFA pula, hanya memberikan kita keseronokan tetapi tiada manfaat. Mungkin bagi peminat tegar mereka akan merasakan FIFA itu memberikan manfaat kepada mereka. Hal ini kerana, FIFA itu hanya datang 4 tahun sekali. Seronok boleh tetapi janganlah sampai terlebih sehingga terlupa kewajipan kita kepada pencipta kita. Akhir sekali, bergembiralah dan bersedialah menanti MALAM NISFU SYA'BAN  dan piala FIFA . Semoga kita dapat membahagikan masa kita dengan sebaiknya.

Saturday, May 10, 2014

BULAN REJAB BULAN ALLAH

ASSALAMUALAIKUM, 
selamat petang yang sejuk ,
alhamdulillah allah turunkan lagi rahmatnya pada hari ini dgn turunnya hujan petir,

kalian pasti tahu bulan ini ialah bulan allah.. 
aku seronok sekali bila bulan ini dtg.. 
sudah lama aku menanti dan akhirnya alhamdulillah aku dpt berpuasa pada 1 Rejab ,
aku dpt rasakan nikmatnya kurnia allah kpd aku,
skrg baru aku rasa cinta allah itu sesungguhnya cinta yang paling agung,

Allah bagi kita apa yang kita nak, allah jaga kita dgn baik sekali, cinta allah itu tak sama dengan cinta manusia, 

" cintakan bunga akan layu,
cintakan manusia akan mati,
cintakan allah kekal abadi,
itulah dia cinta hakiki "

 Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan

Wednesday, March 26, 2014

kegembiraan untuk yang ke-17

Assalamualaikum, salam ukhuwah,

untuk entry baru kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan saya menyambut birthday saya semalam,

260314

tarikh itu .. WAJIB ingt.. kerana itulah tarikh hari jadi ku,

aku telah dapat banyak wish drpada kawan-kawan facebook ku,

aku berterima kasih sangat kepada mereka, 

kerana mereka sudi menyambut birthday ku walaupun hanya sekadar memberi ucapan,

kawan-kawan lama aku juga ramai yang wish aku dan mereka kata

mereka RINDU aku.. 
aku juga MERINDUKAN mereka,

seorang kawan yang baru ku kenal pada tahun  ni, 

memberi aku hadiah sebuah puisi,





sungguh puitis kata-katanya, 
akan ku simpan dengan baik,
akan ku jadikan ia sebagai koleksi di dalam buku puisi ku,

untuk yang terakhir kalinya,
aku hanya ingin berterima kasih semula kepada kawan- kawan yang sudi memberi ucapan kepada ku,




Friday, March 7, 2014

sudah jelas cita-citaku



Assalamualaikum, wahai sahabat sekalian, 
pernahkah sahabat mempunyai cita-cita yang begitu tinggi? 
jika ada, sama lah seperti saya. untuk mencapai cita-cita itu bukan senang.. kita kena berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mndapatkannya. saya bercita-cita untuk mnjadi seorng doktor pakar bedah kelak dan ingin menyambung pelajaran saya ke united kingdom. jauh bukan angan-angan saya. saya tahu bahawa bukan senang untuk saya mencapai nya. but nothing is impossible right?? 
saya membuka google menaip doktor pakar bedah dan search. saya terjumpa universiti yang mnjadi idaman saya sejak kecil.universiti itu terletak di united kingdom dan ia merupakan universiti yang paling bagus di dunia iaitu universiti of oxford.


saya seperti ingin menangis apabila memikirkan bahawa bukan senang untuk saya masuk ke universiti ini. saya berfikir bagaimana cara nya untuk saya mengubah tabiat belajar saya dan diterima masuk ke sana? mmg amat susah, saya hndaklah berusaha 10x ganda daripada usaha saya sekarang.saya bukanlah pelajar yg cemerlang di sekolah saya. saya tahap sederhana sahaja. jadi saya hendaklah berusaha dgn bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 

saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja coretan saya. saya berharap dapat berkongsi cerita lagi bersama sahabat sekalian. 
                                      

Monday, March 3, 2014

baru ku rasa takut

assalamualaikum, entry saya pada kali  ini mungkin berlainan sedikit. takut?? semua orang pernah mengalaminya dan merasainya.. tapi pernah kah kita takut kan azab ALLAH lebih drpd semua itu? cuba kita muhasabah diri kita semula, adakah kita sudah cukup sempurna dan baik? adakah kita sering teringat ALLAH jika kita melakukan sesuatu kesalahan itu? ALLAH sentiasa memerhatikan kita setiap masa, malaikat sentiasa mencatit setiap perbuatan yang kita lakukan. jika kita melakukan maksiat, ingatlah ALLAH sedang melaknat kita. mungkin sekarang kita berasa gembira ketika melakukan maksiat tetapi hakikatnya perbuatan itu yang akan menghumban kita ke dalam api neraka . Nauzubillah, minta di jauhkan.. 

wahai anda semua,, tajuk entry itu ialah mengenai saya, baru sekarang saya merasakan benar2 takut dgn azab seksaan ALLAH,baru saya tahu betapa seksanya kita di akhirat kelak jika kita melakukan perkara2 yang ALLAH benci. sekarang saya dalam proses berhijrah ke arah yg lebih baik, saya dapat merasakan betapa dekatnyaALLAH dgn saya sekarang. setiap masalah, saya ceritakan dkt ALLAH , dan saya yakin ALLAH mendengar setiap cerita saya. Kembali kepaa ALLAH tak rugi malah menguntungkan. cinta kepada ALLAH pun tak rugi malah menyeronokkan. kenapa? kerana ALLAH sentiasa menyayangi kita walaupun kita melakukan kesalahan kepada-Nya. ALLAH tak pernah membenci kita dan ALLAH tak pernah meninggalkan kita keseorangan. 

Mari kawan2, kita kembali kepada ALLAH dan takut kepada-Nya. 

Sunday, February 9, 2014

My New Entry

Hello guys !!

hari ini nak cerita tentang my new JUNIORS.. ^_^

they are awesome and cutes. Semua org dekat2 jew, Cheras, Kedah, Selangor and Negeri Sembilan. Mereka  sungguh sporting and ceria. Senang nak diurus and dgr ckp. Loker dia org pun bersih and kemas. Nasib baik diaorg tak mcm juniors lain yg bnyk songeh and bad attitude. Alhamdulillah. Malam tadi kitaorg buat prank dkt Farah Nabilah sbb hari ni hari jadi dia. Mmg psiko habis, smua juniors nangis termasuk kwn dia yg dh tahu. Tersentap kot. huhu :') it's ok adk2.. akak2 epi satu minta maaf.. kitaorg syg adk2 epi satu cm adk2 kitaorg sndiri. :-) Pagi tadi ada GI , epi satu slack lantai. sedih lah juga sbb ni kan GI first diaorg, and slack. Diaorg tak dpt merasa gembiranya apabila perfect. Tak apa lain kali kita boleh cuba lagi. nak tgk gmbar juniors kita?? nah ! tgk lah..





Saturday, February 1, 2014

Bila hati ku di ketuk lagi

Assalamualaikum.. salam ukhuwah kawan-kawan blogger sekalian.. pada entry kali ni , najihah nak bercerita tentang perasaan yg ALLAH hadirkan di hati najihah sekarang. Perasaan ni lain drpd perasaan sbgai seorang sahabat mahupun teman. Dulu najihah sering berdoa kepada ALLAH supaya di temukan dgn seorang lelaki yang baik akhlaknya , baik agama nya dan sentiasa ingat kepada ALLAH. Sekarang ALLAH dah makbulkan doa najihah. Najihah dah jumpa dengan seorang laki yang mana merupakan ketua kerohanian di sekolahnya. Pertemuan kami di pust tuisyen, pada mulanya hanya melihat2 sahaja. Pada masa itu juga lah Najihah cuba untuk kawal perasaan sendiri. Ingat ALLAH tu penting, alhamdulillah saya dpt mengawalnya. Bila balik rumah tgk dkt chat fb , alangkah terkejutnya bila melihat dia online. Selama ini tak pernah tahu pun saya bersahabat dgnnya di fb. Sesungguhnya perancangan ALLAH tu sungguh cantik. Saya memulakan perbualan "tak tidur lagi ker?". Saya ingat dia tak akan balas, tapi anggapan saya tu salah. Dia balas chat saya dan dari situ lah kami berkenalan hinggalah sekarang. Tapi ada satu masa ni saya rasa berdosa sangat kerana saya menangis sebab rindukan dia. YA ALLAH !! saya tahu itu dosa dan saya mengawalnya dengan marah diri saya sendiri.Saya dah lama tak menangis sebab lelaki. Kemudian, saya sibukkan diri saya smpai saya dpt lupakan tntg kenangan ketika text dgn dia waktu cuti sek dulu. Saya ingt lagi katanya "awaklah org pertama yg saya tak knal, buat saya nak text dgn awak ".Masa tu ALLAH je tahu apa perasaan saya. Mgkin susah utk mencari lelaki yg baik skrg. tapi apabila saya dh temuinya, saya akan mnjaga nya dgn baik dan berdoa utk nya. Semoga entry saya pada kali ni, akan membuatkan sahabat sekalian seronok mendengarnya.