Powered By Blogger

Friday, July 11, 2014

BULAN RAMADAN PENUH DENGAN DUGAAN

Salam Ramadan semua, 
kita bertemu lagi pada ramadan yang ke 13,
alhamdulillah kita sudah masuk ke fasa yang ke-2 bulan ramadan,
fasa kemaafan daripada allah ,allah membuka semua pintu syurga untuk hambaNya,

dugaan ? 
mmg bnyak yang allah dah turunkan kepadaku,
dugaan kawan , perasaan , belajar , dan bnyak lagi, 
lepas raya (4.8.2014) trial sbp dah bermula. Besar dugaan allah kerana aku hanya tinggal 22 hari lagi sahaja lagi untuk trial. Tapi walau macam mana pun aku kena juga berusaha untuk beri yang terbaik. Ibu bapa ku sering menanti keputusan yang terbaik daripadaku. Penantian mereka dan aku untuk mendapat 9A spm mmg sungguh mencabar. Aku yakin aku pasti boleh mendapatnya, tetapi apabila melihat pada usaha dan keputusan mid year aku. Perkara itu telah membuatkan aku takut untuk meyakinkan diri ini. Boleh kah aku melakukannya? pasti boleh ! itu lah kata-kata yang sering aku tanamkan dalam hati ini. Senyuman kegembiraan daripada muka kedua orang tuaku aku ingin lihat lagi. Ucapan TERIMA KASIH ALONG . Ingin aku dengar lagi dari mulut ayahku. Impian ayahku sungguh tinggi sekali. Ayahku membeli kamera nikon D5100 , semata untuk mengambil gambarku 9A SPM nanti. Aku tak sanggup untuk mengecewakan mereka. Aku pasti akan gembirakan mereka dan beri apa yang mereka mahu. 

wallahualam,
insyaallah :)


JANTUNG HATIKU